Lompat ke isi kandungan

Beranikah Anwar……?

Januari 26, 2010

Ya. Tajuk posting aku kali ini, “Beranikah Anwar……….untuk memecat Zul Nordin?”

Aku pun tak tahu apa yang bermain dalam kepada Anwar, tapi aku rasa ler, dia ni tak ada “balls” untuk memecat si malaon Zul ni.

zul nordin, malaon Kulim Bandar-Baharu

Kenapa aku berkata begitu.

Sebab-sebabnya:

  1. Anwar kini dalam keadaan kritikal – entah-entah dia sendiri terpaksa meringkuk dalam jel ekoran kes liwat beliau. Di kala itu, dia perlukan sesiapa saja, bukan saja si malaon Zul Nordin tapi malaon-malaon lain juga.
  2. Kalau Zul dipecat, popularitinya akan bertambah, walaupun dia tidak disukai di kalangan orang-orang PKR, PAS serta DAP. Walaupun si malaon ni dikecam hebat, sokongan kepadanya pun tidak kurang hebatnya, terutama sekali daripada orang-orang melayu yang percaya Islam kini diancaman hebat oleh bukan Islam. Sokongan yang diterimanya adalah daripada orang-orang Melayu, tanpa mengira fahaman politik.
  3. Kalau Zul dipecat, kerusi Parlimen Umno pasti bertambah 1 kerusi lagi. Ini yang Anwar nak elakkan. Kalau tidak dulu lagi, semasa mencerobohi Bar Council pasti Anwar dah pecat dia.
  4. Kalau Anwar memecat si malaon ni, dia akan dicap sebagai anti-Islam. Seseorang yang menentang usaha menegakkan syiar Islam serta menentang tentangn terhadap Islam bukanlah seorang Islam. Ini juga yang Anwar terpaksa nak elak.

Apa korang dok pikir aku tak tahu. Tapi bagi aku, si malaon ni akan terus “bermaharajalela” – terus merempuh, meredah, mengenepi, menentang, mencantas serta membuat laporan polis tanpa ada batasan, tanpa ada semangat setiakawan, tanpa mengenal kawan serta musuh, tanpa rasa bersalah – kerana dia ni seorang saja hero, pejuang, penyelamat Islam.

Apa-apa pun, Anwar has no balls la. Period.

Advertisements

Penjelmaan Ibrahim Ali

Januari 26, 2010

Dari Ibrahim Katak

Kepada Ibrahim Batak

Tak percaya, cuba lihat gambar ni

 

borrowed fr Mob's Crib

Apa taknya. Cakap main lepas jer. Tak pikir langsung akan akibatnya. Otak letak kat kepala lutut kot!!!

Memang dah dasar katak.

Cuba klik kat sini untuk bacaan seterusnya.

Kontroversi Kalimah Allah: Siapa lebih Islam antara Zulkifli Nordin dan Khalid Samad

Januari 6, 2010

Sejak diputuskan yang orang-orang Katholik boleh menggunakn Kalimah Allah, aku naik jelak dengan ramai orang-orang kita yang mengaku mereka ini “pembela agama Islam” serta “lebih Islam” daripada yang lain.

Aku tak menafikan bahawa kita sebagai umat Islam mesti bertindak membela Islam apabila Islam diserang tapi para pembela ni bertindak melulu tanpa melihat lebih jauh.

Melihat gelagat mereka ini aku merasa amat malu sebagai seorang Islam.

Aku nak tanya. Adakah perkara ini dah sampai ke penghujungnya? Adakah Kerajaan berdiam diri?  Tidak. Perkara ini baru diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. .

Habis kenapa menyalak seperti anjing sengau? Tunggu la keputusan muktamat. Tunggu la keputusan Mahkamah Rayuan, kemudian Mahkamah Persekutuan, kalau perlu. Kalau dah “kalah” juga, nak “berjihad” pun, berjihad la. Nak perangi orang-orang Katholik pun, pergi lah. Nak serang seluruh umat Kristian di seluruh dunia pun, pergi lah. Kalau nak pergi attack Israel pun, pergi la. Nak pergi mampus pun pergi lah. Tapi jangan kacau keamanan negara. Jangan tiupkan angin perkauman. Jangan kacau kesejahteraan hidup berharmoni masyarakat kita.

Tapi ini tidak. Belum apa-apa lagi, “jom kita berjihad”, kata Nasaruddin Maha Isa.

Kemudian berpuluh-puluh laporan polis dah dibuat. Laporan-laporan ini dibuat terhadap siapa?  Habis polis nak siasat siapa? Nak siasat gereja Katholik? Nak siasat Majalah Herald? Apa nak siasat?

Terhadap Hakim Lau Bee Lian? Hakim Lau Bee Lian membuat keputusan berdasarkan kefahaman beliau. Tak bleh ke seorang hakim membuat keputusan yang tidak memihak kepada Islam? Terhadap majalah Herald kerana dimenangkan oleh mahkamah? Apa salah dia orang? Dia orang tak puas hati dengan KDN, mereka pergi ke mahkamah. Salah ke mengikut saluran yang betul untuk “mitigate” ketidakpuasan hati mereka? Nak siasat orang-orang Katholik kerana menggunakan kalimah Allah? Salah ke dia orang menggunakan kalimah Allah sedangkan orang-orang Kristian Arab sejak beribu-ribu tahun sudah menggunakan kalimah Allah ketika merujuk kepada Tuhan mereka?

Aku benar-benar tak faham. Bila orang-orang Katholik menggunakan kalimah Allah, adakah akidah orang-orang Islam terpesong. Adakah Islam aku berkurangan bila orang-orang Katholik menggunakan kalimah Allah? Adakah kalimah Allah itu hak Islam?

Nampaknya Malaysia ini sudah menjadi sebuah negara Islam yang lebih Islam dari negara-negara Islam lain. Lebih Islam daripada Indonesia, India, China serta negara-negara Arab yang mempunyai penduduk yang beragama Islam jauh lebih banyak daripada kseluruhan rakyat Malaysia. Nampaknya Malaysia telah menjadi negara Islam yang paling top di dunia. Numero Uno. Nampaknya Malaysia telah menjadi peneraju Islam di dunia.

Poorah!!!!! Memalukan jer. 

Satu lagi. Pembela Islam nombor satu Malaysia – “si penceroboh Bar Council”. Islam sangat ke dia? Sampai boleh menuduh orang “belum matang dalam berpolitik dan hanya sesuai berjuang di dalam DAP”.

“Pejuang Islam” macam dia ni tak layak jadi seorang wakil rakyat. Kalau nak berjuang, berjuang lah. Jangan la mengutuk atau memperkecilkan orang – lebih-lebih lagi rakan seperjuangan.

Engkau ni terror sangat ka?

Kemudian, kita ada pula segelintir “pembela kesamarataan” yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Katholik.

Aku tahu la bahawa itu merupakan “satu fakta yang pada dasarnya tiada halangan untuk orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana sudahpun digunakan di banyak negara dan diperakui oleh Al-Quran sendiri” tapi kenapa ler engkau ini bengap sangat.

Kenapa lah di kala isu masih lagi panas lagi sensitif, engkau buka mulut engkau besar-besar hingga gajah pun boleh masuk.

Apa engkau nak cari publisiti murahan. Itu memadah masalah namanya serta mengurangkan “popularity index” di kaangan orang-orang Islam namanya. Apa engkau ingat PKR boleh hidup hanya dengan sokongan kaum cina dan India sahaja? Cetek sangatlah “politicking skills” engkau, Bro. Tak pandai bawa diri langsung.

Last sekali. Orang-orang Katholik – kenapalah kau nak sangat menggunakan kalimah Allah itu? Kau tahu kan itu perkara sensitif? Kalau dah tahu, kenapa berkeras nak teruskan juga bawa ke Mahkamah selepas ditolak oleh KDN?

Kau orang ni tak sensitif langsung kepada kesensitiviti orang-orang Melayu Islam Malaysia (bukan Islam di negara lain) yang memang dah sensitif.

Ini pun segolongan manusia yang bengap jugak.

Wassalam, A Bleeding Malaysian

Satu lagi masterpiece dari Art Harun

Disember 22, 2009

Aku memang lama tak mengupdate blog aku. Terasa amat jijik sekali nak mengulas tentang kejadian-kejadian yang terjadi kebelakangan ini. Tapi bila aku terbaca nukilan terbaru Art Harun, aku terpanggil untuk mencedok nukilan beliau untuk dimuatkan dalam blog aku kerana aku amat kagum sekali dengan Art Harun. Walaupun dia agak anti-establishment, tapi point-point serta cara penyampaian dia tepat, berpandu pada fakta serta ada merit nya.

Cuba baca nukilannya yang terbaru yang berjudul “ladies and gentlemen, and the award goes to….. ”

_________________________________________________________________________________________

The theft of not one, but TWO F5-E fighter jet engines from the Royal Malaysian Air Farce, eh sorry, Air Force, perhaps aptly defines the year 2009 as far as Malaysia (1 or otherwise) is concerned. The absurdity of it all. And not to mention the audacity of it all. And as if to further add sodium chloride to the wide gaping wounds that all of us, Malaysians, suffer every time our so called leaders forget to take their medications, we are told that so and so have been sacked or told to leave their job, some even earning pensions and whatever.

First it was some plastic explosives being taken out from the storage to blow to smithereens some poor woman from far away lands, whose entry into Malaysia was erased from record. Just like that. As if C4 explosives from the people who are supposed to protect our country are just some cheap chewing gum which could be taken by anybody, at any time, for whatever reason. As if Immigration records are notations made on some scrap book which could be altered, amended or erased by anybody, at any time and for whatever reason. And nobody even shake their butt to do anything. No report. No investigation. No blinking nothing. Just like that.

At the same time, the public has to endure living in fear of crimes. We have to keep even our rubbish bins in locks and chains. Our drainage cover has to be welded lest it will be stolen in bright day light. Our roads and lanes have instant holes as the sewage covers are stolen. The women can’t even walk on the side of our roads for fear of being dragged to their death by handbag snatchers. Nowhere is safe. Not even in the police lock-ups, as Kugan found out the hard way. Not at the MACC office either, if reports of torture and even death are to be believed.

Meanwhile, those upon whom are entrusted the duty to protect us are busy tracing individuals like Raja Petra Kamarudin, who apparently had so insulted Islam that he was, and still is, deemed to be a threat to national security. Even then, with all the might and powers of the State behind them, they are not able to trace him! If RPK had insulted Islam, what about those who had walked after Friday prayers with bloodied and severed cow head with the policemen standing by the side doing nothing for fear of “making the situation worse”? Haven’t they insulted Islam? What about those who said non-Malays are second class citizens? And those who wrote that the Kelings are so lucky to be in Malaysia that they should just shut up and count their blessings? Oh well, they are given a pat on their shoulder because the newspaper they wrote for is the “voice of the people”.

And at the same time, billions are squandered, pillaged and stolen. PKFZ have become really dirty alphabets. And what do we all get? Yes. We get engineers, architects and some minions charged for falsifying claims and the likes. Now, the questions are, were all those false claims paid? If so, why? And who are the beneficiaries of those payments? Who authorised those payments? Aren’t they guilty of something too?

Elsewhere we are the masters of sloganeering and self-glorification. We shout and scream 1 Malaysia at every possible instant and opportunity. Why? Even our mandatory “salam” has been reviewed to “Salam Satu Malaysia”.

We have become, or been reduced to, a society which is shallow. Which is no deeper than our skin and the colour of it. We are obsessed with some drama actress becoming the second wife of a Member of Parliament who ironically declared that women “leaked” once a month.

Selebihnya baca di sini

6 mengaku tidak bersalah

September 9, 2009

Siapa nak mengaku bersalah, bang oi? Gunalah akal sikit.

Kalau mengaku, memang sah kena. Kalau tak mengaku, nasib baik terlepas. Inikan 1Malaysia yang kita bangga-banggakan.

 

SHAH ALAM 9 Sept. –Seramai enam individu yang membawa dan memijak kepala lembu bagi membantah cadangan pembinaan kuil Hindu di kawasan kediaman mereka pada 28 Ogos lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan di bawah Akta Hasutan.

Mereka yang merupakan penduduk Seksyen 23 di sini bersama enam lagi turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menyertai perhimpunan haram pada tarikh yang sama.

Takkan muka ini nak mengaku?

Takkan muka ini nak mengaku?

Atau muka ini?

Atau muka ini?

Lagi la muka ni

Lagi la muka ni

Bravo 1Malaysia (borrowed fr The Whisperer)

Bravo 1Malaysia (borrowed fr The Whisperer)

KEGILAAN YANG MELAMPAU

September 8, 2009

Ini baru giler betul

Ini baru giler betul

Aku sebenarnya amat kagum dengan

 

Apataknya.

Baru-baru ini 1Malaysia yang dilaung-

laungkan oleh YAB Perdana Menteri

telah berjaya mencatatkan satu rekod dalam

 “Malaysian Book of Records”

dengan melahirkan seorang yang mengaku Melayu

yang beragama Islam yang

paling layak untuk digelar

“Rakyat Yang Paling Giler Abad Ini”

Orang giler pada tahap tertinggi ini kata:

“Hoi Khalid (Samad), kau duduk.

Kau belum kenal aku siapa?

Selepas ini, kau jangan turun Seksyen 23,

kalau tidak, kau mati.

Ini kawasan majoriti Melayu”

HUH HISHAMUDDIN

TUNGGU APA LAGI

NAK TUNGGU SAMPAI NYAWA

KHALID MELAYANG?

ORANG INI PATUT DISUMBAT

KE KAMUNTING DAH

BRAVO 1MALAYSIA.

 

 

Aku tak percaya ini kata-kata seorang Menteri

September 3, 2009

Hisham defends cow-head protestors

Aku terbaca laporan The Malaysian Insider hari ini. Terkejut kera aku. Apa taknya. Sungguh aku tak percaya yang seorang menteri boleh mengeluarkan kata-kata bodoh.

Namun aku harap laporan ini tidak benar atau menteri berkenaan akan menyangkal laporan itu, lantas mendakwa beliau telah disalahertikan. Itu biasalah untuk seorang menteri atau orang kenamaan. Bila orang ramai mula mengutuk atau memprotes kata-kata atau tindakannya, dia akan mendakwa yang kata-katanya di “taken out of context”.

Jika ini benar-benar keluar dari mulut seorang menteri, lebih-lebih lagi dari seorang menteri kanan seperti Hishammuddin Tun Hussein, alangkah sedih dan pilunya aku kerana aspirasi Perdana Menteri untuk merealisasikan 1Malaysia akan kecai-berderai dek kebodohan seorang menteri kanan.

Cuba kita renungkan apa yang didakwa dikata oleh Hisham:

……There was no intention on their part to cause racial divide.

Duh. Katanya “penganjur” demonstrasi itu tiada niat untuk mewujudkan perpecahan kaum. Jangan jadi bodoh la Hisham. Siapa akan mengaku? Niat tu tak boleh nampak dengan mata kasar. Niat tu ada di sanubari seseorang. Bila sudah dikutuk habis-habisan, seseorang akan berkata bahawa “aku tiada niat”. Tapi sebelum itu, niat dia penuh mendada.

Katanya lagi:

They, the organisers, who are sitting left and right of me, didn’t even know that somebody was going to bring the head of the cow during that demonstration. 

WaDuh. Katanya para penganjur, yang berada di kiri dan kanannya, tidak tahu yang seseorang akan membawa kepala lembu ke demonstrasi itu.

Jangan jadi bodoh la Pak. Sekali lagi siapa nak mengaku? Siapa yang nak mengaku yang dia berak tengah jalan? Siapa nak mengaku tahi tu dia yang punya? Jika benarlah penganjur tidak tahu tetapi oleh kerana demonstrasi itu adalah anjurannya, adalah menjadi lumrah yang dia perlu bertanggungjawab terhadap semua kejadian. Si penganjur tidak boleh melepas tangan dengan mengatakan “aku tidak tahu…….”.

Seterusnya Hisham mempertahankan demonstrasi itu dengan mengatakan:

…….the residents only wanted their voices to be heard but it was unfortunate that “the publicity they received was negative because it was linked with racial and religious sentiments.”

Katanya penduduk (di Seksyen 23) hanya mahukan bantahan mereka didengari tetapi malangnya mereka mendapat publisiti yang negatif kerana ia dikaitkan dengan sentimen perkauman dan agama.

Ni Hisham. Apa yang hang ni bodoh sangat. Memanglah mereka nakkan bantahan mereka didengari, tetapi dengan mengusung, memijak-mijak kepala lembu serta melaung-laungkan kata-kata yang berbau ancaman, masakan mereka akan dapat publisiti positif.

Shah Alam Section 23 demoKata-kata si mamat ni mengharapkan publisiti positif ke?

 

Shah Alam Section 23 demo1Atau si mamat ini?

Shah Alam Section 23 demo3nakkan publisiti positif untuk tindakan bodoh ini?

Entahlah Hisham. Aku pun tak tahu apa nak cakap, cuma takkan perbuatan dan kata-kata begitu nakkan publisiti positif. Poorah la. Piigi dah.

Dan yang lebih teruk lagi yang tersembur keluar dari mulut Hisham ialah:

If I wanted to use the issue to create chaos in Selangor, I can but we didn’t take such actions

Kalau diterjemahkan, maknanya begini: “Jika saya hendak menggunakan isu itu untuk menimbulkan huru-hara di Selangor, saya boleh tapi kita tidak mengambil langkah-langkah demikian”.

Apa maknanya huh? Ini mengugut namanya. Ini mengancam namanya. Kalau tak apa?

Di kala sentimen perkauman tinggi melambung, si Hisham mengeluarkan kata-kata ancaman dan ugutan.

Aku bukanlah menyokong atau membantah penempatan semula kuil itu. Apa-apa pun boleh. Bantahan dia orang itu ada asasnya. Keputusan untuk menempatkan semula kuil itu pun ada asasnya.

Bagi aku la, kuil itu patut dialihkan ke satu tempat yang agak jauh sikit. Janganla di kawasan perumahan. Susah la bila loceng bunyi berdering-dering, kalau musim perayaan atau sembahyang. Gegak-gempita seluruh alam dibuatnya.

Akan tetapi kalau dihalusi betul-betul, masjid-masjid kita pun tak kurang dari menyumbang kepada pencemaran bunyi. Bila azan berkumandang, seluruh kawasan persekitaran akan kebisingan.

Maksud aku, masjid ke, kuil ke semuanya sama je. Sama-sama menyumbang kepada kesesakan lalulintas dan pencemaran bunyi. Jadi kalau masjid dibenarkan, kenapa pula kuil tidak boleh?

Soal penduduk Seksyen 23 membantah penempatan semula kuil itu bukan persoalan uatama. Yang menjadikan ia panas ialah kata-kata kesat, menghina dan mengancam yang dikeluarkan oleh dua orang wakilnya. Nak bantah, bantah lah. Itu hak dia orang. Buatlah secara aman dan sopan. Janganlah menghina dan mengancam untuk menumpahkan darah.

Yang membuat aku sedih sangat ini ialah kata-kata Hisahm yang nampak sangat memihak kepada penduduk Seksyen 23 shah Alam yang berdemonstrasi itu. Nampak sangat Hisahm ini tidak boleh “differentiate what is right from wrong and what is good from bad”.

Nampaknya si mamat ni tak reti langsung untuk meredakan keadaan. Malahan dia menjadi batu api lagi.

Macam ini ke lagak seorang menteri yang patut menjaga keamanan dan ketenteraman dalam negeri?

Aku kurang pasti apa yang akan berlaku kelak tetapi yang aku gerenti ialah TIADA APA-APA tindakan akan dikenakan ke atas penganjur itu. Kalau ada pun (untuk meredakan keadaan), mereka akan dipanggil polis untuk MEMBANTU SIASATAN, kemudiannya fail tutup lalu di cop NFA (No Further Action).

This is Malaysia…………or rather 1Malaysia.